Friday 12 October 2012

Salam Idul Adha



Assalamualaikum semua..

Sekejap je kan dah masuk bulan Zulkaedah, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Idul Adha.(teringat adikku Adha yang SIHAT..hehehe) 

Ia mengingatkan kita kepada satu peristiwa iaitu, pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail.

Keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah, demi kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada Allah S.W.T, telah diterima oleh Allah S.W.T dengan menggantikan sembelihan terhadap anaknya anaknya dengan seekor Kibas.

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

" Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Idul Adha selain daripada menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum menitik ke Bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya." 

-Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah-

Jadi kepada yang berkemampuan Jom Korban!!!

Semoga ibadat korban dapat:
Mendekatkan diri kepada Allah sebagai cinta kepadaNya.
Menjadikan kita pengikut sunnah Rasulullah S.A.W (Baginda tidak pernah meninggalkan ibadat korban ini semenjak berhijrah ke Madinah)
Menjadi penghapus dosa bagi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.
Membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara golongan berada dan golongan miskin.
Jom kita hidupkan syiar korban dengan kasi keluar sikit je rezeki yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita sebagai tanda syukur.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...