Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Saturday, 29 December 2012

KECHAMPIONAN a.k.a KEHEBATAN SYAITAN DAN IBLIS



Assalamualaikum...selamat pagi, tgahari, ptg, malam n tgh malam korg!!! >_<

Gua nk kongsi ckit ttg kehbatan syaitan n iblis ni jap...artikel gua amek ni dri geng satu school gua Tuan Jubair Juhinin(tq bro)...

Moga korg dpt info n ilmu ckit dri artikel blog beliau ni..


Hari ini 20 Disember 2012, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu perkara yang sangat besar walaupun ianya nampak kecil. Iaitu peperangan kita dengan Iblis dan syaitan laknatullah.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita harus tahu kenapa perkara ini penting. Kerana ini adalah satu tuntutan daripada JIHAD dalam islam. Kena faham JIHAD itu apa. Wahai para pembaca yang saya kasihi sekalian, kita jangan tersalah anggap mengenai perkataan JIHAD sepertimana pemahaman yang salah yang telah dilancarkan dan disebarkan oleh IBLIS dan sekutunya iaitu syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Bukanlah JIHAD itu terletak hanya pada Pedang perang semata-mata dan terlihat seperti sebuah keganasan yang tidak selari dengan fitrah manusia(ISLAM) tapi JIHAD itu adalah kesungguhan dalam melakukan sebuah perkara. Emmm... macamana ya analogi yang terbaik untuk menerangkan JIHAD.
Ya....

AIR SUNGAI YANG MENGALIR

Wahai para pembaca yang diaksihi sekalian, anda semua pasti melihat bagaimana air sungai yang mengalir dari hulu ke hilir.  Tiada suatu bendapun yang dapat menghalangi aliran sungai tersebut walaupun anda menutup macamana sekalian jalan aliran sungai tersebut ianya pasti mencari jalanwalaupun lubang sekecil biji sawi.

BIJI SAWI????

Anda tau, bagaimana besarnya biji sawi. Berat habuk emas1 gram pernah dengar?, biji sawi ni, 1/6000 daripada 1 gram. Lihat bagaimana jalan sekecil itupun air tetap lalui yang penting ianya sampai ke hilir.
Haaa... begitulah juga keadaannya JIHAD. Selagi ada jalan. Selagi itu kita berusaha menuju ke jalan ALLAH..

CABANG JIHAD

Kata Ibnul Qayyim Rahimahullahu ta’ala : JIHAD itu terbahagi kepada 4 :
1. JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU
2. JIHAD MELAWAN SYAITAN
3. JIHAD MENENTANG KEZALIMAN
4. JIHAD MENENTANG MUSUH2 ISLAM
Tapi petang ini, saya ingin fokuskan kepada JIHAD MENENTANG SYAITAN.


Sesungguhnya wahai saudara seaqidahku dan juga seluruh manusia. Sesungguhnya syaitan sudah mengisytiharkan perang terbesar antara manusia dan juga syaitan dan Iblis lanatullah.

“Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” Al-hijr : 39.
Oleh yang demikian, adalah suatu yang tidak wajar sekiranya kita masih mengikut telunjuk iblis dan syaitan.
Okay.. saya akan terangkan peringkat demi peingkat untuk memudahkan kita semua faham. Saya tidak akan sentuh terus kepada bagaiman kita mahu melawan syaitan. Kita step by step.


1. Pertama sekali kita kena faham bahawa dalam diri kita ini ada raja yang mngawal segala tindakan kita dan sangat penting untuk kita mengetahui hakikat ini supaya bukan syaitan yang mempengaruhinya tapi kitalah yang mengawalnya.

Nabi Muhammad saw berkata : “ingatlah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu  ada segumpal daging, sekiranya baik, maka seluruh tubuhnya akan baik dan apabila ia rosak maka seluruh tubuhnya akan rosak. Ingatlah segumpal daging itu ialah hati” H.R. Bukhari
Semua orang pasti tau hadith ni.
Dan kata Abu said al-khudri : “ hati manusia ni ada 4 jenis(saya ringkaskan)
a) hati yang jernih
b) hati yang tertutup dan tutupnya terkunci
c) hati yang dibalik(hati orang munafik)
d) hati yang memiliki 2 cabang( ada iman dan kemunafikan, dan yang lebih kuat akan terus mengunggulinya).

2. seterusnya, bagaimana caranya syaitan menggoda manusia.

Kita selalu dengar bagaimana seorang perem puan dan lelaki melakukan zina(katanya terlanjurlah konon). Mana ada istilah terlanjur.
Kata ibnul Qayyim : “ syaitan membisikkan sesuatu pada seseorang dengan keinginan.....”
Secara ringkasnya stepnya macam ni, mula2
1. lahirnya keinginan. Maksudnya baru anda berniat mau melakukan maksiat ni.
2.seterusnya syaitan menghiasinya dengan dengan keindahan dan sering menjadi kahayalan. Sehingga kita terlupa akan bahayanya dan kesan buruknya. Tulah biasanya kita dengar sudah terlanjur baru menyesal. Tulah jadinya GELI SAH, kita nak GELI dulu maksudnya yang terlanjur tulah baru lepas tu nak SAH(kahwinlah maksudnya) sepatutnya, SAH dulu baru GELI....(sori bergurau)
3.ketiga, keinginan yang timbul tadi menjadi keinginan yang lebih kuat sehingga timbulnya tekad dan menanam azam untuk melakukan maksiat tersebut.
4. sampailah bala tentera syaitan dan IBLIS  untuk merealisasikan hasrat tersebut. So, terlanjurlah...
Oleh itu orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mencegahnya. Bila timbul niat ja terus cantas dengan mengucapkan ta’awwudz.


3. TAHAP GODAAN SYAITAN

i) Syirik.
Antara matlamat pertama dan utama IBLIS adalah menjadikan manusia syirik kepada ALLAH. Maksudnya menduakan ALLAH daripada segala aspek. Tak kira daripada perkara sekecil-kecilnya sehinggalah perkara sebesar-besarnya.
Kalau kita fikirkan secara mendalam, hidup kita ini sangat terdedah kepada benda syirik.
Allah swt masih boleh ampunkan dosa walaupun sebesar bumi dosa kita, Cuma jangan mensyirikkan ALLAH kerana itu adalah kezaliman yang sgt besar dan tiada ampun daripada ALLAH.
 Contohnya, kita belajar dan berusaha dalam pelajaran. Setelah peperiksaan kemudian, keluar keputusan dan kita mendapat keputusan yang cemerlang. Setelah itu, kita meyakini bahawa yang memberikan kejayaan kepada kita adlah usaha kita. Itu juga syirik tapi syirik yang tersembunyi.
Apatah lagi syirik yang jelas iaitu menyembah sesuatu selain daripada ALLAH. Pokoknya semua yang berlaku, kita wajib yakini bhawianya adalah kehendak ALLAH dan segala usaha adalah penyebab.
Burung keluar dalam keadaan lapar dan balik dalam keadaan kenyang. Yang bagi kenyang ALLAH, namun, keluarnya burung itu hnya sebagai penyebab. Memang susah untuk diterima oleh akal kerana akal kita lemah. Jadi, perkara sebegini harus dipandang dgn pandngn yang didasari keimanan dan aqidah yang kukuh.

ii) perbuatan bidaah

kalau kita mau tahulah, bidaah lebih disukai oleh syaitan dan iblis berbanding kefasikan. Bidaah ini adalah sesuat yang dibuat dalam bertentangn dengan sunnah rasulallah. Dan ini mengundang kepada syirik.
Itulah, malangnya orang yang bodoh kerana dia melakukan sesuatu perkara tanpa ada rujukan iaitu al-Quran dan al-hadith.
Ibnul Jauzi ada sebut daripada Al-A’masy tentang satu perkara :
“ salah seorang lelaki yg bercakap dengan jin bercerita kpd kami. Mereka(bangsa jin) berkata : orang yang paling sukar kami oga ialah orangy ang mengikuti sunnah rasulallah saw. Manakala, orang menuruti hawa nafsu dapat KAMI PERMAINKAN SESUKA KAMI”

Iii) Dosa besar.

Dosa-dosa besar seperti Zina, membunuh, menyebarkan fitnah......
Lebih2 lagi klu orang itu adalah orang yang disegani oleh masyarakat. Lagi bersemangatlah syaitan dan Iblis.
iv)Dosa-dosa kecil
para pembaca yang dirahmati ALLAh, kita jangan memandang remeh terhadap dosa-dosa kecil.
Nabi saw pernah bagitau :” Jauhilah dosa2 kecil.Hal ini adalah kerana perumpamaan org2 yg meremehkan dosa2 kecil umpama suatu kaum yg turun pada lembah suatu bukit, yg satu datang membawa kayu dan yg satu lagi membawa kayu yang lain, hingga mereka membawa kayu yg dapat memasak roti mereka. Sesungguhnya dosa2 kecil, jika dilakukan terus menerus oleh pealkunya, nescaya akan membinasakannya”
Bak kata pepatah “sikit2 lama2 jadi bukit”....

v) Syaitan berusaha menyibukkan manusia dengan perkara2 mubah.

Maknanya perkara2 yang tidak ada unsur pahala dan dosa. Kita bagi contoh, banyak tidur,byk makan, berjaga malam.... byk lagi lah...
Memang kita nampak mcm tidak memberikan apa2 tapi cuba kita fikir2 secara mendalam... kita sebenarnya sudah kerugian banyak pahala....
Sekiranya gagal syaitan.. dia akan beralih ke step yang terakhir iaitu..

vi) syaitan cuba menyibukkan kita dengan perkara yang kurang penting

kita kena tanam dalam fikiran kita bahawa, jangan fikir syaitan tidak pernah menyeru ke arah kebaikan. Tapi kebaikan yang diseru kepada kita adalah memastikan kita tidak melakukan kebaikian yang lebih utama.
Hal ini, tidaklah dapat dilihat dengan jeals melainkan orang2 yang diberikan bantuan oleh ALLAH swt.
Contohnya kuliah agama sedangkan dijalankan tapi dalam masa yang sama syaitan menyeru kita untuk solat sunat dahulu kemudian berzikir dan melambat2kan untuk elak kita menuntut ilmu... di sana dapat dilihat bahawa sebenarnya menuntut ilmu itu lebih utama tapi diserunya oleh syaitan untuk kebaikan kurang utama.
-dirujuk daripada syeikh Wahid Abdussalam Bali-
Semoga bermanfaat untuk semuanya....


Credits To: http://muallijmuda22.blogspot.com/2012/12/kecampinankehebatan-syaitan-dan-iblis.html



Wassalam...addio!!!

Friday, 28 December 2012

Zikir Munajat



Assalamualaikum...selamat pagi, tgahari, ptg, malam n tgh malam korg!!! >_<

Jom berzikir munajat jap...


Credits To : www.facebook.com/UstazDonDaniyalDonBiyajid

Monday, 29 October 2012

Asal-Usul Kalender


Objek astronomi seperti matahari atau bulan jadi penentu tarikh

SETIAP tahun, apabila Disember ditinggalkan, muncul Januari yang menandakan bermulanya tahun baru. Semua ini sudah ditempuhi manusia sejak beratus-ratus tahun lalu iaitu apabila kalendar pertama wujud.
Namun, masih ramai yang tidak tahu sejarah dan perkembangan kalendar. Ini mungkin kerana topik ini bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu, lebih-lebih lagi penetapan tarikh adalah perkara rutin dalam kehidupan harian.
Sehubungan itu, sisipan RONA cuba mengimbau sejarah perkembangan kalendar dan peranannya dalam kehidupan manusia sempena kedatangan 2012.

Namun, sebelum memahami mengenai kalendar atau takwim ini, definisi kalendar itu perlu diketahui. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.

Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.

Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian.
Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari - contohnya Kalendar Cina.

Dilaporkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala minggu bagi setiap bulan adalah tiga minggu sepuluh hari.

Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 3,651/4 hari, namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira hari pecahan (cara yang kita lakukan sekarang dalam kalendar Gregorian), mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.

Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat setiap empat tahun sekali.

Dalam sistem kalendar kini, hampir semua negara mengikut kaedah sama iaitu merujuk kepada kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan kalendar Julian yang mana 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada Februari.

Jika ditanya kaedah atau kalendar mana paling sempurna, setiap satu mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.

Kalendar Gregorian

TAHUN Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.

Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari dan meningkat sedikit).

Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.

Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia menggunakannya pada 1918.

Kalendar Islam

KALENDAR Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

Kalendar Cina 
KALENDAR Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.

Foto

Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.

Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.

Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai ‘kalendar pertanian’ manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai ‘kalendar umum’ atau ‘kalendar Barat’.

Kalendar Julian

KALENDAR Julian diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan mula digunakan pada tahun 45 SM. Kalendar ini dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka bentuk hampir menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparchus lagi.

Tahun Julian merangkumi 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.

Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih terus digunakan oleh kebanyakan gereja Ortodoks hingga hari ini. Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh lompat yang menyebabkan kekeliruan.


INFO

Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi tepat seperti dialami sekarang. Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.

Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.

Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.

Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat).

Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).

Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.


Kalendar sudah pupus

Kalendar Aztec

Takwim Maya

Takwim Positivist

Kalendar Gregorian pertama kali digunakan di Itali, Poland, Portugal dan Sepanyol pada 1582.

Kalendar Gregorian mempunyai pusingan 400 tahun dan menariknya 29 Februari 2008 jatuh pada Jumaat, hari sama pada 29 Februari 2408.

Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dulu. Namun, mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa itu. Umpamanya, tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma'il pada 1855 SM. Manakala tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M.

Selepas wujudnya negara Islam, tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu, kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin. Akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun al-Wada' iaitu tahun haji al-Wada' atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.



Credit To:
Asal usul kalendar
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2012/01/08


Thursday, 18 October 2012

Rasulullah S.A.W Menangis Sepanjang Malam



Rasulullah S.A.W Menangis Sepanjang Malam



Pada Suatu Ketika Rasulullah S.A.W Telah Menangis Sepanjang Malam Dan Mengulangi Ayat Ini Sehingga Ke Pagi,


Maksudnya,
 “Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Maidah: Ayat 118)

Sepanjang malam itu Rasulullah SAW hanya membaca ayat ini saja pada setiap rakaat sembahyangnya. Diriwayatkan Nabi SAW membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As, bahawa Rasulullah SAW membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, “Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku...”

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan Malaikat Jibrail.

Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekali gus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya.

Ibu bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini saja.
Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi SAW sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.

Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam dan berdoa sambil mengadu apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan Malaikat Jibrail.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun, Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri Nabi SAW tetapi Allah tetap mengutuskan Malaikat Jibrail untuk bertanyakan perkara itu. Rasulullah SAW memberitahu kepadanya, Baginda mengadu kepada Allah berkenaan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami reda kepadamu dan umatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu.”

Diriwayatkan dalam satu hadis lain bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70,000 di kalangan umatku masuk syurga dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70,000 ini diikuti oleh 70,000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab.”

Diberi syafaat oleh 70,000 orang ini disamping syafaat Nabi SAW yang diberikan kepada umatnya. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad.

Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi SAW seperti disabdakan Baginda yang bermaksud, “peganglah dengan gigi geraham kamu”.

Ajaran Rasulullah SAW itu bukan saja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak.

Tidak undur walaupun sedikit daripada ajaran Nabi SAW. Jika seseorang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah SAW serta mendapat rahmat yang diberi Allah kepada umat Muhammad SAW.

Sumber Masjid Negara.


Friday, 12 October 2012

Salam Idul Adha



Assalamualaikum semua..

Sekejap je kan dah masuk bulan Zulkaedah, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Idul Adha.(teringat adikku Adha yang SIHAT..hehehe) 

Ia mengingatkan kita kepada satu peristiwa iaitu, pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail.

Keikhlasan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim terhadap perintah Allah, demi kasih dan cinta yang tidak berbelah bagi kepada Allah S.W.T, telah diterima oleh Allah S.W.T dengan menggantikan sembelihan terhadap anaknya anaknya dengan seekor Kibas.

Sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

" Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Idul Adha selain daripada menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum menitik ke Bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya." 

-Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah-

Jadi kepada yang berkemampuan Jom Korban!!!

Semoga ibadat korban dapat:
Mendekatkan diri kepada Allah sebagai cinta kepadaNya.
Menjadikan kita pengikut sunnah Rasulullah S.A.W (Baginda tidak pernah meninggalkan ibadat korban ini semenjak berhijrah ke Madinah)
Menjadi penghapus dosa bagi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.
Membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara golongan berada dan golongan miskin.
Jom kita hidupkan syiar korban dengan kasi keluar sikit je rezeki yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita sebagai tanda syukur.

 

Saturday, 7 January 2012

Azam Baru Si Azmi

Assalamualaikum, 

 Selamat tahun baru guys n girl walaupun lambat wish, so pe azam tahun baru korang tahun nie? Azam tahun lepas amacam? Ade yang tertunai or tak? Kalau belum ada lagi ditunaikan bawa je ke tahun 2012.

Aku ni pun banyak lagi pelan-pelan yang belum dilaksanakan, rancangan dan jalannya dah ada cuma pelaksanaannya aje belum. Macam-macam je mas-alah yang tenggelam dan timbul.

So tahun ni tak boleh tangguh dah, aku kena wat jugak le bun. So azam aku yang first sekali aku nak simpanan duit bank aku SEBANYAK RM 10,000.


















Korang tengok nie pun dah kata "Imposibble la Mi, Berangan je lebih or ko dah cermin diri belum?" 

Dalam diri aku kata senang je "Ade aku kisah?" hahaha..

 Ok guys you see, nak wat simpan duit sebanyak tu senang je..

 RM 10,000 bahagi 12 bulan : RM 833.333333 kalo dalam kalkutator le..ok agak-agak dalam RM 840.00

Lepas tu RM 840.00 bahagi lagi 30 hari : Hanya RM 28.00 sehari..x akan la tak boleh cari duit sesikit tu..betul x?

 "Nak bisnes ape mi?" Kawan-kawan aku dah mula tanya... Nak tahu rahsia bisnes??? Bukan mlm or piramid ye..


Bisnes ni aku dah kaji dan uji sendiri, modal kecil untung lebih rugi sikit.. nak tahu tunggu post nanti ok...

 Assalamualaikum dan Selamat menjalani tahun 2012...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...